WATCH THISSS!!
SINOPSIS & MOVIE TRAILER!
Setelah dapat memulihkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) serta menewaskan Mustika (Lisa Surihani), Pak Mor (Azlee Jaafar) terus berusaha untuk memperhebatkan ilmu yang ada padanya. Ketika sedang membaca jampi mantera, tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuhnya dan muncul Mustika.
Pak Mor dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk mengambil semua harta dan saka yang ditinggalkan Pak Sudir. Bagaimanapun, Punai dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka. Situasi itu memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat. Usaha menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu. Wak Ketari (Bob Kuman) yang mempunyai ilmu bersetuju untuk mengajar Punai dan Asmat tetapi dengan syarat serta peraturan yang dipatuhi.
Punai dan Asmat berdepan pelbagai masalah semasa belajar kerana Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus, mereka dikehendaki menjalani satu ujian iaitu menangkap hantu. Ia adalah ujian besar buat mereka tetapi kemunculan Seha (Nora Danish) iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian Punia dan Asmat serta merta.
Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan Wak Ketari? Bagaimana pula usaha yang dilakukan Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat?
MOVIE TRAILER!